fbpx

Polis tahan tukang tilik di Puchong

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

SEPANG – Seorang tukang tilik nasib berusia 34 tahun direman lima hari bermula hari ini hingga Rabu ini bagi membantu siasatan satu kes rogol.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Yusof berkata, suspek ditahan di Puchong, Selangor kira-kira pukul 11.15 malam semalam susulan laporan polis dibuat oleh seorang wanita.

“Siasatan awal mendapati mangsa mengenali suspek melalui media sosial dan suspek juga dipercayai boleh menilik nasib dan membuang nasib buruk dialami mangsa. Kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan,” katanya ketika dihubungi hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI