fbpx

Chelsea mahu langkah kanan musim baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NETO dijangka beraksi menentang City meskipun baru sahaja melengkapkan perpindahan dari Wolverhampton Wanderers. - AFP

LONDON – Aksi sukar menanti Chelsea pada perlawanan sulung Liga Perdana Inggeris bagi kempen 2024/25 apabila bakal melayan kunjungan juara bertahan, Manchester City di Stamford Bridge malam ini.

Lebih merisaukan, The Blues masih belum mencatat sebarang kemenangan ke atas City dalam 10 pertemuan terdahulu selepas kali terakhir menewaskan skuad kendalian Pep Guardiola itu pada final Liga Juara-Juara 2021.

Bagaimanapun, skuad utama yang boleh dianggap serba baharu itu mampu melakukan sesuatu, termasuk meraih tiga mata berharga, sekali gus menjadi permulaan terbaik buat pengurus baharu, Enzo Maresca.

Menjelang pertemuan penting itu, Maresca turut mengesahkan bahawa pemain sayap baharu yang dibawa masuk dari Wolverhampton Wanderers, Pedro Neto cergas sepenuhnya dan berpeluang untuk diturunkan.

“Tahap fizikal Pedro (Neto) berada dalam keadaan cukup baik, cuma dia baru sahaja berada di sini dua ke tiga hari. Dia masih memerlukan sedikit masa untuk menyesuaikan diri dengan corak permainan pasukan.

“Memang benar dia cergas sepenuhnya dan sama ada dia diturunkan dalam kesebelasan utama ataupun bermula di bangku simpanan, ia akan diputuskan nanti. Buat masa sekarang dia boleh beraksi (menentang City),” katanya.

Pada ketika ini, The Blues tidak berdepan masalah kecederaan memandangkan hanya Reece James yang disisihkan daripada sesi latihan dan Maresca berharap mereka boleh kekal cergas sehingga ke penghujung musim.

“Hanya ada satu kecederaan, iaitu Reece James, manakala pemain-pemain lain cergas sepenuhnya dan boleh diturunkan. Saya harap masalah kecederaan tidak mengganggu perancangan kami musim ini,” ujarnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI