fbpx

Mahkamah China penjara 10 aktivis Hong Kong hingga 3 tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEBUAH bas membawa 12 aktivis prodemokrasi Hong Kog meninggalkan Mahkamah Rakyat Daerah Yantian di bandar Shenzhen kelmarin. - AFP

HONG KONG – Sebuah mahkamah China hari ini memenjarakan 10 aktivis prodemokrasi Hong Kong sehingga 3 tahun berhubung percubaan kumpulan itu cuba meninggalkan Hong Kong dengan menaiki bot laju untuk mencari suaka di Taiwan.

Mahkamah Rakyat Daerah Yantian di Shenzhen menjatuhi hukuman penjara tiga tahun terhadap Tang Kai-yin dan dua tahun ke atas Quinn Moon kerana menganjurkan lintas sempadan haram itu.

Lapan aktivis lain masing-masing menerima hukuman penjara sehingga tujuh bulan kerana kesalahan cuba melintas sempadan secara haram.

Terdahulu, beberapa pegawai China berkata, dua remaja bawah umur bersama kumpulan ‘ Hong Kong 12’ itu akan dihantar pulang ke Hong Kong. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI