fbpx

EPL: Jarrod Bowen dilantik kapten West Ham

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Bowen yang bersama The Hammers sejak musim 2020 akan dibantu Aaron Cresswell selaku penolong ketua pasukan.

LONDON – Pengendali baharu West Ham United, Julen Lopetegui mengesahkan lilitan kapten pada musim ini diberikan secara rasmi kepada penyerang utama pasukan, Jarrod Bowen selepas menunjukkan kualiti sepanjang kem latihan pramusim.

Menurut Lopetegui, impak yang diberikan oleh Bowen di atas dan di luar padang cukup penting dalam usaha membantu pasukan mencabar saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) yang akan membuka tirai rasmi hari ini.

“Barisan kejurulatihan sepakat memilih Bowen untuk menjadi kapten baharu pasukan secara kekal kerana dia telah menunjukkan komitmen jangka panjang bersama kelab selain memiliki pengaruh dalam skuad antarabangsa England.

“Tugas saya sekarang adalah untuk membantu menjalankan tugas selaku ketua pasukan dengan cemerlang kerana tanggungjawab tersebut cukup berat tetapi saya yakin kami telah buat keputusan yang tepat,” katanya.

Bowen yang telah mewakili The Hammers sejak musim 2020 menggantikan tugas yang sebelum ini diberikan kepada pemain pertahanan, Kurt Zouma musim lepas, manakala Aaron Cresswell pula dipilih selaku penolong ketua pasukan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI