fbpx

Pembantu peribadi pelakon dakwa dicederakan, diugut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

GOMBAK – Pembantu peribadi pelakon mendakwa dirinya dicederakan serta diugut majikannya di Batu Caves, di sini, 14 Ogos lalu.

Kejadian itu berlaku apabila wanita berusia 28 tahun itu disyaki mencampuri urusan rumah tangga majikannya.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Noor Ariffin Mohamad Nasir berkata, laporan dibuat mangsa kira-kira pukul 5.25 petang.

“Siasatan mendapati mangsa yang bekerja sebagai pembantu peribadi kepada seorang pelakon wanita warga tempatan itu dicederakan serta diugut menggunakan senjata oleh majikan yang berusia 32 tahun dan sepupunya, 30 tahun.

“Kejadian berlaku di pejabat majikannya itu di Batu Caves dipercayai berpunca kerana mangsa telah mencampuri urusan rumah tangganya,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Susulan kejadian itu, mangsa mengalami kecederaan di bahagian muka dan lengan.

“Mangsa mendapatkan rawatan lanjut di Hospital Selayang. Kes disiasat di bawah Seksyen 323 dan 506 Kanun Keseksaan.

“Individu yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta tampil atau berhubung dengan Pegawai Penyiasat Sarjan Shahreen Yasin di talian 018-2475864 atau menghubungi Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak di talian 03-61262222,” pesannya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI