fbpx

Remaja mati lemas mandi tasik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MAYAT remaja yang ditemui mati lemas ketika mandi-manda di tasik berhampiran loji PPR Permai, Kempas, Johor Bahru, semalam. Foto IHSAN BOMBA

JOHOR BAHRU – Tindakan sekumpulan remaja memancing dan bermandi-manda di tasik dekat loji berhampiran Projek Perumahan Rakyat (PPR) Permai, Jalan Denai 12, Kempas, di sini berakhir dengan tragedi setelah salah seorang daripada mereka ditemui lemas, semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 6 petang itu, remaja lelaki berusia 14 tahun ditemui lemas di kawasan tadahan air hujan berkenaan.

Menurut Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kempas, Pegawai Bomba Kanan I (PBK I) Mohd. Yazid Abdul Rahman, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu daripada rakan mangsa.

Beliau berkata, seramai sembilan anggota bomba kemudian dikejarkan ke lokasi kejadian bagi menjalankan operasi yang turut dihadiri Komander Operasi Kanan Penolong Penguasa Bomba (PPgB) Taufiq Atan.

“PKO bertindak membuat pencarian dengan kaedah pencarian permukaan menggunakan ‘grapling iron’ sebelum mangsa dijumpai kira-kira pukul 7.35 malam,” katanya ketika dihubungi pemberita, hari ini.

Beliau berkata, mangsa kemudian telah disahkan meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan (KKM) dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI