fbpx

PRK DUN Nenggiri: Warga emas pertama tiba di pusat mengundi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Zakaria selepas mengundi Tabika Sri Bakawali, Bertam Lama di Gua Musang, pagi ini. Foto KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN

GUA MUSANG – Seorang warga emas menjadi individu pertama yang menunaikan tanggungjawab sebagai pemilih pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) di Tabika Sri Bakawali, Bertam Lama, di sini sebentar tadi.

Zakaria Mamat, 64, tiba kira-kira pukul 7.45 pagi dan beratur di pintu masuk tabika berkenaan sebelum dibenarkan masuk oleh petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk memeriksa saluran mengundi.

Zakaria berkata, dia bangun seawal pukul 5.30 pagi untuk bersiap sebelum melaksanakan tanggungjawab tersebut.

“Saya begitu teruja dan bersemangat untuk mengundi dan tidak menjangka menjadi orang pertama.

“Insya-Allah, anak-anak isteri akan keluar mengundi selepas ini. Anak-anak di perantauan turut pulang untuk mengundi hari ini,” katanya ketika ditemui pemberita hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI