fbpx

Jumpa wanita dari kayangan, Hasnol kahwin kali ketiga Disember ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HASNOL.

KUALA LUMPUR – Dua tahun menduda, penyanyi Hasnol mendedahkan bakal mendirikan rumah tangga buat kali ketiga dengan calon isteri yang diibaratkan sebagai wanita dari kayangan.

Hasnol atau nama lengkapnya Hasnol Hassan Ariff, 54, berkata perkenalan mereka bermula di laman sosial sekitar 2020 dan serius menjalin cinta dua bulan lalu sebelum nekad melamar akauntan tersebut.

“Saya bakal tamatkan zaman duda Disember ini dan itulah jodoh masa depan. Kami kenal di TikTok tetapi waktu itu tak pernah bertegur. Dalam tiga, empat tahun juga macam itu sebab nampak macam dia dah berpunya.

“Apabila yakin dia solo, saya pun tegur. Boleh katakan kami serius bercinta dah dua bulan. Sudah jodoh dan suka sama suka, kami ambil keputusan berkahwin.

“Orangnya sederhana selain tidak mahu majlis perkahwinan gah walaupun berkemampuan. Apa yang boleh saya katakan dia adalah anugerah dari kayangan,” katanya ketika ditemui pada sidang media Festival Music Vit’s – Konsert Telan Kaset 90-an, hari ini.

Begitupun, penyanyi Laguku Untukmu itu belum boleh memperkenalkan calon isteri kepada umum, sebaliknya mengakui wanita tersebut masih anak dara yang berusia 40-an.

“Cukuplah saya katakan dia bukan peminat tetapi tahu kerjaya sebenar saya kerana daripada pengalaman kalau dengan peminat pengakhiran
boleh dijangka.

“Orangnya saya kenalkan dulu sebagai Z, merupakan akauntan di sebuah syarikat swasta serta berasal dari Temerloh, Pahang.

“Paling penting, ketegasan dimiliki turut menjadikan saya lebih berdisiplin. Itu yang buatkan saya sukakannya,” ujarnya.

Menerusi hasil perkahwinan pertama dengan bekas isteri, Akhmarzuraikha Salleh, Hasnol memiliki tiga anak iaitu Aqeef Hayyat, 30, Aqeef Hilman, 27, dan Hanna Aeesya, 21.

Kemudian, penyanyi terbabit mendirikan rumah tangga buat kali kedua dengan Marina Mohin, namun bercerai pada Oktober 2022 selepas 12 tahun mendirikan rumah tangga.

Perkahwinan keduanya itu dikurniakan seorang cahaya mata perempuan yang kini berumur 13 tahun. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI