fbpx

Suami simpan mayat isteri 7 hari dalam bilik tidur

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEORANG suami menyimpan mayat isterinya di dalam rumahnya selama tujuh hari. - Foto TribunnewsBogor.com

JAKARTA  – Seorang suami menyimpan mayat isterinya yang telah berbau busuk selama tujuh hari di dalam sebuah bilik di rumah mereka, lapor portal berita medcom.id semalam.

Kejadian  berlaku di Kota Cimahi, wilayah Jawa Barat dengan bau busuk itu mengganggu jiran-jirannya pada Selasa lalu.

Polis menemui mayat isterinya di dalam sebuah bilik dan menangkap si suami kerana disyaki membunuh wanita berkenaan.

Suspek mengaku berasa cemburu apabila mengetahui isterinya berkomunikasi dengan lelaki  lain menerusi aplikasi sembang. 

Dia  ‘mencekik’  leher isterinya, menyebabkan mangsa meninggal dunia akibat  lemas.

 Lelaki terbabit kemudian membungkus jasad mangsa dengan plastik serta mengunci bilik tersebut.

“Tidak melapor (kepada polis) kerana masih merasa sayang,” kata suspek  di Balai Polis Cimahi. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI