fbpx

Individu malas bersenam cepat tua, paling murung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Public Health Malaysia (PHM) berkongsi beberapa kajian yang menunjukkan individu malas bersenam dan melakukan aktiviti fizikal terdedah kepada pelbagai risiko kesihatan.

Menerusi hantaran PHM di Facebook, satu kajian yang dijalankan oleh Schuch et al. pada 2018 yang diterbitkan dalam JAMA Psychiatry mendapati, kedua-dua golongan itu berisiko tinggi untuk mengalami kemurungan.

Menurut PHM, selain menghadapi masalah kemurungan, individu yang kurang melakukan aktiviti senaman turut terdedah kepada gangguan mental dan pertambahan berat badan secara mendadak.

“Kesan buruk jika tidak bersenam adalah cepat nampak tua selain risiko tinggi menghadapi masalah nyanyuk.

“Mereka ini juga mudah mengalami sakit sendi dan tulang dan badan sering berasa lemah. Terdapat juga gangguan pada waktu tidur,” jelas PHM.

Dalam hantaran sama, PHM turut berkongsi mengenai kajian oleh Bize et al. dalam Preventive Medicine, menunjukkan bahawa terdapat hubungan yang kuat antara tahap aktiviti fizikal dengan kualiti hidup ke arah lebih baik.

“Individu yang aktif secara fizikal melaporkan tahap kualiti hidup yang lebih tinggi dalam aspek-aspek fizikal dan mental.

“Kajian-kajian ini menekankan betapa pentingnya aktiviti fizikal untuk mengekalkan kesihatan dan mencegah pelbagai penyakit.

“Antara aktiviti yang boleh dilakukan seperti senaman aerobik yang berintenaiti sederhana melibatkan 150 hingga 300 minit seminggu. Berjalan cepat, berenang atau berbasika dengan kekerapa. 30 minit setiap hari selama lima hingga 7 hari seminggu,” kongsi PHM. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI