SITI Nurhaliza memang tiada tandingan. Itu antara komen yang menghujani media sosial sepanjang minggu ini.
Semuanya tercetus selepas tular video Siti mendendangkan lagu Diari Hatimu pada konsertnya yang berlangsung di Genting Highlands baru-baru ini.
Kata peminatnya, lenggok nyanyian Siti saling tidak tumpah seperti yang didendangkannya dalam sebuah konsert 23 tahun lalu.
“Dahulu, nyanyiannya sangat sedap dan kini bertambah merdu dan tak berubah! Ini memang legenda!
“Power betul Siti sebab mampu lakukan teknik nyanyian yang sama seperti 23 tahun lalu. Bukan semua penyanyi mampu buat,” puji netizen.