fbpx

Anwar solat Jumaat di Kajang selepas umum kenaikan gaji penjawat awam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Perdana Menteri menunaikan solat jumaat di Masjid Bandar Teknologi Kajang, Selangor hari ini. - Foto oleh SYAKIR RADIN

KAJANG – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menunaikan solat Jumaat bersama lebih 2,000 jemaah di Masjid Bandar Teknologi Kajang di sini hari ini.

Anwar yang juga Menteri Kewangan tiba kira-kira pukul 12.40 tengah hari sempat menikmati makan tengah hari bersama para jemaah di masjid berkenaan.

Orang ramai di Masjid Bandar Teknologi Kajang turut mengambil kesempatan untuk beramah mesra dan bergambar bersama Perdana Menteri.

Anwar sebelum itu mengumumkan kenaikan gaji penjawat awam ketika menyampaikan Amanat Perdana Perkhidmatan Awam Ke-19 di Putrajaya.

Ia melibatkan pelarasan gaji sebanyak 15 peratus kepada pegawai kumpulan pelaksana dan pegawai kumpulan pengurusan dan profesional.

Manakala bagi pegawai Kumpulan Pengurusan Tertinggi pula, pelarasan gaji akan diberikan sebanyak tujuh peratus.

Ia akan diberikan secara berfasa iaitu fasa 1 pada 1 Disember 2024 manakala fasa 2 pula pada 1 Januari 2026.

Khutbah solat Jumaat hari ini bertajuk ‘Nilai Dipelihara, Produktiviti Diperkasa’. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI