fbpx

Ekonomi Malaysia berkembang 5.9% suku kedua 2024

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Uzir (kiri) bersama Abdul Rasheed selepas membentangkan prestasi ekonomi Malaysia pada suku tahun kedua 2024 di Sasana Kijang, Bank Negara Malaysia hari ini.

KUALA LUMPUR – Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia mencatatkan pertumbuhan lebih tinggi sebanyak 5.9 peratus bagi tempoh suku tahun kedua 2024.

Ketua Perangkawan, Datuk Seri Mohd. Uzir Mahidin berkata, pengembangan ekonomi disokong terutamanya oleh peningkatan perbelanjaan isi rumah, di tengah-tengah keadaan pasaran buruh yang positif dan sokongan dasar lebih besar.

“Selain itu faktor yang turut menyumbang adalah dalam peningkatan eksport barangan dan ketibaan pelancong yang lebih tinggi, serta pengembangan kukuh dalam aktiviti pelaburan.

“Pada masa sama, pertumbuhan lebih rendah dalam pengeluaran perlombongan, susulan gangguan pada sektor lapangan minyak dan gas memberikan sedikit tekanan kepada pengembangan ekonomi,” katanya ketika membentangkan prestasi ekonomi Malaysia bagi suku tahun kedua 2024 di sini, hari ini.

Sementara itu, Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Datuk Seri Abdul Rasheed Ghaffour berkata, pihaknya menjangkakan prestasi ekonomi negara tahun ini bakal berada pada paras atas julat unjuran pertumbuhan KDNK iaitu antara empat dan lima peratus.

Ujarnya, pertumbuhan ekonomi seterusnya pada separuh kedua tahun 2024 akan terus didorong oleh perbelanjaan dalam negeri, dengan sokongan permintaan luaran kukuh.

“Risiko pertumbuhan menjadi lebih tinggi merangkumi limpahan peningkatan kitaran teknologi yang lebih besar, aktiviti pelancongan yang lebih giat serta pelaksanaan projek pelaburan sedia ada dan baharu yang lebih cepat.

“Sementara itu, risiko prospek pertumbuhan Malaysia menjadi perlahan pula berpunca daripada pengurangan permintaan luaran, konflik geopolitik yang semakin meruncing dan pengeluaran komoditi yang lebih rendah daripada jangkaan,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI