fbpx

Veteran ATM tidak berpencen dapat RM500 sebulan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan Bantuan Sara Hidup (BSH) bagi veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) tidak berpencen akan ditambah daripada RM300 kepada RM500 sebulan bagi yang layak.

Pertimbangan tersebut dibuat bagi membantu meringankan beban kos sara hidup veteran ATM yang terlibat.

Beliau berkata demikian pada Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam (MAPPA) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Putrajaya pagi ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI