fbpx

Pelarasan gaji penjawat awam 15%, 7% – PM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Warga penjawat awam hadir pada Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam Ke-19 (MAPPA XIX) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di Putrajaya, hari ini. Foto oleh FAISOL MUSTAFA/ KOSMO!

PETALING JAYA – Kerajaan mengumumkan pelarasan gaji 15 peratus kepada Kumpulan Pelaksana serta Pengurusan dan Profesional, manakala 7 peratus bagi Kumpulan Pengurusan Tertinggi.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pelaksanaan pemberian tersebut dibuat secara bertahap dan berfasa iaitu fasa satu pada 1 Disember ini, manakala fasa dua pada 1 Januari 2026.

“Pelaksanaan Kumpulan Pelaksana serta Pengurusan dan Profesional untuk fasa satu adalah 8 peratus dan fasa dua pula 7 peratus.

“Bagi Kumpulan Pengurusan Tertinggi, fasa satu adalah 4 peratus, manakala fasa dua adalah 3 peratus,” katanya pada Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam (MAPPA) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Putrajaya pagi ini.

Seperti penjawat awam sedang berkhidmat yang akan diselaraskan gaji pada Disember 2024, beliau berkata, penyelarasan pencen juga akan dilaksanakan berdasarkan pelarasan ke atas gaji akhir pesara.

Justeru, julat peningkatan pendapatan yang akan diterima oleh penjawat awam adalah di antara 16.8 peratus hingga 42.7 peratus, mengambil kira faedah berganda (compounding effect). – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI