fbpx

Polis siasat anggota lepak barbeku bersama orang awam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video memaparkan anggota polis lepak bersama orang awam

PONTIAN – Dua anggota memakai uniform Polis Diraja Malaysia (PDRM) dirakam melepak sambil barbeku (BBQ) dan minum bersama beberapa orang awam.

Kejadian itu mengundang reaksi dalam kalangan orang ramai selepas video berdurasi 16 saat tular dalam media sosial.

Menerusi rakaman video itu, dua anggota polis dilihat duduk di atas kerusi berdekatan kereta peronda (MPV).

Dua anggota itu dipercayai melihat beberapa orang awam sedang barbeku di hadapan premis perniagaan.

Ketua Polis Daerah Pontian, Superintendan Mohammad Shofee Tayib berkata, siasatan mendapati kejadian berlaku di kawasan Perindustrian Taman Utama, Pontian dan disahkan anggota Balai Polis Daerah Pontian.

“Pihak Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) mengenal pasti dua anggota itu dan akan mengambil tindakan sewajarnya jika wujud sebarang kesalahan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Orang ramai diingatkan agar tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menjejaskan kredibliti dua anggota itu. Siasatan sedang dijalankan oleh Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI