PETALING JAYA – Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) bakal dikuat kuasa bermula 1 Disember 2024.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ia bagi menggantikan Sistem Saraan Malaysia (SSM) yang sedia ada.
Terdahulu, Anwar tiba di Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam (MAPPA) ke-19 ‘Perkhidmatan Awam Madani’ di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) hari ini. – KOSMO! ONLINE