fbpx

Hanya bom ‘dummy’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Bom yang ditemui di tempat pembuangan sampah berdekatan sebuah pangsapuri di Taman Sri Sentosa, Kuala Lumpur hari ini.
Sebutir bom dummy yang ditemui di tempat pembuangan sampah berdekatan sebuah pangsapuri di Taman Sri Sentosa, Kuala Lumpur.

 

KUALA LUMPUR – Penduduk di sekitar Taman Sri Sentosa di sini digemparkan dengan penemuan sebuah objek menyerupai sebutir bom di tempat pembuangan sampah hari ini.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Zairulnizam Mohd. Zainuddin@Hilmi berkata, objek tersebut ditemui orang ramai kira-kira pukul 12.20 tengah hari.

“Susulan kejadian itu, sepasukan anggota dan pegawai dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields dan dibantu pasukan forensik Bukit Aman serta unit pemusnah bom bergegas ke lokasi kejadian.

“Bagaimanapun, pemeriksaan lanjut mendapati objek tersebut hanya sebutir bom ‘dummy’ untuk latihan. Unit pemusnah bom kemudiannya telah memindahkan objek itu ke kawasan yang lebih selamat untuk dimusnahkan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mengulas lanjut beliau berkata, siasatan lanjut masih dijalankan dan orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkenaan kejadian boleh terus menghubungi IPD Brickfields di talian 03-2297 9222. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI