fbpx

Helmi mahu gelaran Asia sebelum MotoGP

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HELMI sedar saingan MotoGP bukan mudah tetapi dengan pengalaman yang saya ada ia bukan misi yang mustahil.

PELUMBA muda negara, Mohd. Helmi Azman memasang impian untuk bersaing di pentas dunia terutamanya Kejuaraan Motosikal Dunia (MotoGP), namun meletakkan syarat mahu memburu gelaran Asia terlebih dahulu.

Helmi tampil cemerlang pada saingan Kejuaraan Cub Prix Malaysia apabila muncul juara keseluruhan CP150 selepas meraih empat kemenangan bersama pasukan Hi Rev SCK Honda ­Racing.

Justeru, pelumba berusia 21 tahun itu bertekad untuk meraih gelaran pada Kejuaraan Motosikal Asia (ARRC) sebelum melangkah ke pentas MotoGP, namun tidak menolak sekiranya ada tawaran awal daripada mana-mana pasukan untuk membawanya bersaing pada MotoGP.

“Semua pelumba memasang impian untuk beraksi di pentas tertinggi iaitu MotoGP. Bagaimanapun, sebelum saya ke melangkah ke MotoGP saya perlu buktikan kemampuan saya terlebih dahulu.

“Bagi saya jika berjaya meraih gelaran ARRC mungkin sedikit sebanyak membuka mata pelbagai pihak untuk membawa saya ke MotoGP.

“Saya sedar saingan MotoGP bukan mudah tetapi dengan pengalaman yang saya ada ia bukan misi mustahil.

“Saya tidak menolak sekira­nya menerima tawaran awal daripada mana-mana pasukan tetapi jika diberi peluang, saya mahu beraksi pada saingan Moto3 terlebih dahulu,” katanya kepada Kosmo! semalam.

Helmi yang menyertai pasukan Idemitsu Boon Siew Honda Racing pada saingan ARRC 2021 dalam kelas SuperSports 600cc yakin peluang untuk meraih kemenangan pada saingan itu sedikit mencabar, namun tidak mustahil mampu melakukan kejutan.

“Sasaran saya ketika ini adalah ingin memburu sebanyak kemenangan dalam saingan ARRC yang dijangka bermula pada Jun 2021 nanti dan saya mahu muncul juara keseluruhan pada sai­ngan tersebut,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI