fbpx

Bukan filem aksi, lelaki panjat lori bergerak curi rim tayar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Salah seorang pencuri tersebut memanjat ke atas lori dan mencuri rim tayar. - Detik

JAKARTA – Seorang lelaki di Medan, wilayah Sumatera Utara memanjat ke atas sebuah lori yang sedang bergerak bagi mencuri rim kereta, lapor laman berita Detik hari ini.

Kejadian berlaku di Jalan Yos Sudarso, Mabar.

Berdasarkan sebuah video tular di media sosial, lelaki tersebut dilihat memanjat lori yang sedang bergerak itu.

Dia kemudian mengambil sebuah rim tayar lalu melemparkannya ke atas jalan.

Seorang rakan subahatnya dilihat mengekori lori tersebut menggunakan motosikal.

Ketua Polis Daerah Medan Labuhan, Komisioner Polis Panggil Sarianto Simbolon berkata, insiden itu berlaku semalam, manakala kedua-dua suspek telah diberkas.

“Kami segera bertindak balas selepas mendapat maklumat daripada media sosial mengenai pencurian ini. 

“Siasatan dan penahanan dilakukan dalam masa tiga jam dari maklumat yang diperoleh,” kata Panggil.

Jika disabit bersalah, kedua-dua suspek berdepan hukuman penjara lima tahun. – AGENS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI