fbpx

Jenazah Nidza Afham dibawa ke Tanah Perkuburan Islam Puncak Alam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota keluarga dan kenalan mengangkat keranda jenazah Nidza Afham ke van jenazah di HSA.

SHAH ALAM – Jenazah Allahyarham Muhammad Nidza Afham yang selesai menjalani bedah siasat telah dibawa ke Tanah Perkuburan Islam Puncak Alam, Kuala Selangor, sebentar tadi.

Jenazah dibawa keluar kira-kira pukul 5 petang dari Unit Perubatan Forensik Hospital Shah Alam (HSA) menggunakan van jenazah daripada Masjid Puncak Alam.

Difahamkan, proses bedah siasat Allahyarham selesai kira-kira pukul 4 petang selepas bernula pukul 11.15 pagi tadi.

Jenazah Allahyarham akan disolat jenazah terlebih dahulu di Masjid Puncak Alam sebelum ke tanah perkuburan berkenaan bagi urusan pengebumian.

Lebih 20 ahli keluarga serta rakan Allahyarham berkumpul di HSA sejak pukul 8 pagi bagi mengikuti perkembangan kes berkenaan dengan lebih dekat. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI