fbpx

Pemandu maut, 11 penumpang cedera bas langgar treler

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba berusaha mengeluarkan mangsa yang tersepit di tempat duduk pemandu.

KULAI – Pemandu bas ekspres maut manakala 11 penumpang cedera setelah bas ekspres melanggar belakang sebuah lori di Kilometer 49.4 Lebuh Raya Utara Selatan di sini, awal pagi tadi.

Komander Operasi Kanan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Renggam, Mohd. Fauzi Md. Nor berkata, Dalam kejadian kira-kira pukul 2.15 pagi itu, pemandu bas, Mohd. Sharif A Moin, 48, meninggal dunia di tempat kejadian.

Jelasnya, selain pemandu bas, 11 penumpang bas terdiri daripada enam lelaki, empat wanita dan seorang Orang Kurang Upaya (OKU) mengalami kecederaan.

“Pemandu lori Nissan dan bas ekspres itu masing-masing tersepit di bahagian tempat duduk pemandu,” katanya kepada pemberita hari ini.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI