fbpx

Kalau tunjuk RTK 2.0, mereka adalah PATI

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebahagian daripada PATI yang ditangkap dibawa menaiki lori Jabatan Imigresen. FOTO; SYAKIR RADIN

KLANG – Taktik segelintir pendatang asing tanpa izin (PATI) cuba meloloskan diri termasuk menunjukkan kertas permohonan Program Rekalibrasi Tenaga Kerja (RTK) 2.0 dan permit kerja sedang diuruskan ejen gagal apabila dicekup dalam serbuan di pusat beli-belah terkemuka di sini, hari ini.

Dalam serbuan kira-kira pukul 1 tengah hari tersebut, berjaya menahan 83 PATI termasuk 42 wanita pelbagai negara berusia 21 hingga 49 tahun.

Tinjauan Kosmo! turut mendapati ada sebilangan PATI cuba menyelinap keluar dengan menutup premis mereka namun gagal apabila ditahan di tingkat bawah pusat beli-belah tersebut.

Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Jabatan Imigresen, Jafri Embok Taha berkata, pusat beli-belah tersebut antara lokasi tumpuan yang sering menggajikan warga asing sebagai pekerja mereka.

Katanya, tindakan selalu diambil namun penyewa seperti degil dengan melakukan kesalahan sama.

“Peringatan telah diberikan namun penyewa kerap kali mengambil PATI. Apabila pekerjanya sudah ditangkap, mereka mengaji lagi yang tiada dokumen.

“Kita ingatkan majikan di luar sana mengambil pekerja yang mempunyai permit. Kita akui terdapat majikan perlukan perkhidmatan warga asing namun ikut saluran yang sah termasuk pekerjaan mengikut permit yang telah ditetapkan,” katanya pada sidang akhbar di lokasi serbuan hari ini.

Beliau menambah, sepanjang operasi tersebut juga didapati ada PATI yang menggunakan alasan dokumen berkaitan telah diberikan bagi proses-proses pembaharuan oleh majikan atau ejen mereka.

“Sebagai contoh, ada yang menunjukkan kertas RTK 2.0 namun sebenarnya program tersebut telah tamat tempoh pada 31 Jun lalu.

“Banyak kes warga asing masih bawa kertas itu dan ia tidak sah. Kalau kita dapat tangkap mereka bersama kertas itu, mereka dianggap PATI ,” ujarnya.

Menurut Jafri, secara pecahan PATI yang ditangkap dalam serbuan itu melibatkan 41 warga Indonesia diikuti Nepal (17), Bangladesh (11), Pakistan (6), Myanmar (4), dan seorang India.

Beliau menjelaskan, antara kesalahan dilakukan mereka adalah tiada dokumen pengenalan diri, langgar syarat sah pas, tinggal lebih masa dan pemegang kad yang tidak diiktiraf.

“Kesemua PATI itu disiasat mengikut Akta Imigresen dan akan ditempatkan di Depot Imigresen Semenyih untuk tindakan selanjutnya,” katanya. -KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI