fbpx

7 ‘Geng Putra’ ditahan, seorang lagi diburu curi kabel

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tujuh lelaki termasuk tiga warga asing yang dikenali ditahan sementara seorang lagi masih diburu kerana mencuri kabel sekitar tapak pembinaan di Jalan Segambut, di sini, 22 Julai lalu.

KUALA LUMPUR – Tujuh lelaki termasuk tiga warga asing yang dikenali ditahan sementara seorang lagi masih diburu kerana mencuri kabel sekitar tapak pembinaan di Jalan Segambut, di sini, 22 Julai lalu.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Ahmad Sukarno Mohd Zahari berkata, pihaknya berjaya menahan suspek berusia 29 hingga 43 tahun itu dalam serbuan di Kuala Lumpur dan Selangor pada 25 Julai.

Katanya, pihaknya merampas empat buah kenderaan, 10 telefon bimbit, empat rangkaian dan alat kawalan jauh, enam guni gumpalan wayar, satu plastik sampah berisi gumpalan penebat kabel, 35 gelungan wayar kabel yang telah dipotong serta beberapa peralatan yang digunakan untuk memotong kabel turut bernilai RM150,000.00.

“Hasil siasatan mendapati modus operandi sindiket ini didalangi oleh empat lelaki warga tempatan yang diketuai oleh suspek dikenali Putra.

“Sindiket ini menyasarkan kabel, besi kuprum dan aluminium di kawasan tapak projek dan perumahan. Hasil barang-barang yang dicuri itu akan dijual semula di kedai besi buruk untuk mendapatkan wang bagi tujuan membeli dadah.

“Pihak polis kini dalam usaha untuk mengesan seorang lagi suspek tempatan berusia 30an yang masih bebas bagi membantu siasatan kes,” katanya ketika sidang akhbar di Ibu Pejabat Daerah (IPD) Sentul, di sini, hari ini.

Menurut beliau, empat suspek tempatan dipercayai melakukan kegiatan mencuri kabel manakala tiga warga asing berperanan sebagai transporter dan pembeli kabel.

“Mereka melakukan kegiatan ini bagi mendapatkan wang untuk membeli dadah dan dipercayai bergiat aktif sejak Jun tahun lalu namun kesemua suspek didapati negatif dadah.

“Penahanan suspek ini telah menyelesaikan 11 kes kecurian kabel di Kuala Lumpur. Kes diserahkan ke IPD Gombak untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan,” ujarnya.-KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI