SHAH ALAM- Laporan bedah siasat abang penyanyi, Aufahanie iaitu Nidza Afham yang ditemui terapung berhampiran Jambatan Kota, Sungai Klang akan diketahui, petang ini.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, laporan tersebut penting dalam menentukan sekiranya terdapat sebarang unsur jenayah dikaitkan dalam kejadian itu
Terdahulu, mayat Nidza Afham atau nama sebenarnya Muhammad Nidza Afham, 23, Mokhtar ditemui pemancing kira-kira pukul 7 petang dengan lengkap berpakaian.
Mayatnya kemudiannya dibawa ke Hospital Shah Alam untuk bedah siasat.
Nidza Afham sebelum ini dilaporkan hilang 7.45 petang semalam selepas keluar berjoging di Stadium Sulaiman di sini. -KOSMO!ONLINE