fbpx

Cut Intan dipukul, suami tonton filem ‘dewasa’ – Polis Indonesia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SUAMI pempengaruh media sosial, Cut Intan Nabila iaitu Armor Toreador mengaku bersalah atas dakwaan memukul isterinya.

Menurut wakil polis Bogor, Armor mengaku memukul isteri hanya disebabkan terkantoi menonton video lucah.

“Tertuduh didapati menonton filem dewasa (lucah). Itu kali terakhir mangsa dipukul,” kata pihak polis dalam sidang media, semalam.

Sebelum ini, bekas atlet lawan pedang Indonesia itu memuat naik video dikasari suami menerusi rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) di bilik tidur mereka.

Difahamkan, lelaki terbabit bukan sahaja melakukan keganasan rumah tangga, bahkan beberapa kali kantoi curang sepanjang lima tahun perkahwinan.

Menurut Cut Nabila atau lebih mesra dipanggil Intan, banyak lagi video dalam simpanan sebagai bukti keganasan Armor sepanjang perkahwinan mereka.

Dalam rakaman yang dimuat naik kelmarin, dapat dilihat Armor memukul, menendang dan mencengkam wanita itu berkali-kali.

Lebih menyayat hati, meskipun menjerit kesakitan, si suami tetap memukulnya tanpa sebarang belas kasihan.

Dalam video berdurasi beberapa saat itu, lebih mengejutkan Armor juga sengaja menendang bayi mereka yang masih berusia 22 hari.

Difahamkan, Armor merupakan pengasas dan ketua pegawai eksekutif syarikat perniagaan dandanan rambut terkemuka di negara itu.

Lelaki lulusan Universiti Al Azhar Indonesia itu juga adalah anggota Badan Pengurus Daerah Himpunan Pengusaha Muda Indonesia (Hipmi) Jawa Barat.

Armor kini berada dalam tahanan polis selepas dicekup di Jakarta iaitu sebaik Intan membuat laporan di Balai Polis Bogor atas tuduhan melakukan keganasan domestik. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI