fbpx

Abang manusia paling baik dalam dunia – Aufahanie

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Kehilangan insan tersayang sekelip mata, penyanyi Aufahanie menyifatkan abangnya, Muhammad Nidza Afham Mokhtar
sebagai insan paling baik pernah ditemui sepanjang hayatnya.

Akui Aufahanie atau nama sebenarnya Nur Aufahanie Mokhtar, 22, Nidza Afham yang juga anak kelima daripada tujuh bersaudara itu menjadi tempatnya meminta bantuan pada bila-bila masa.

“Dia adalah manusia paling baik hati dalam dunia ini. Bukan sebab dia abang saya, tapi memang dialah manusia paling baik saya pernah jumpa.

“Kawan gelak, kawan nyanyi, nak pinjam itu ini, minta hantar sana sini, semua dia buat tanpa keluh kesah,” katanya menerusi ciapan menerusi aplikasi X.

Menurut pelantun lagu Saat Hilang Cintamu itu lagi, semua suka duka dikongsi mereka bersama disebabkan hubungan adik-beradik yang sangat akrab.

“Dialah yang paling rapat, yang boleh kongsi cerita, boleh nangis bersama kalau sedih.

“Dialah tempat saya hantar video kelakar TikTok setiap hari tanpa gagal.

“Selalu tolong saya walau dia penat ,tiada duit. Tengah gaduh pun dia tetap tolong, rajin,” ujarnya.

Terdahulu, Nidza Afham, 23, yang juga bekas peserta I Can See Your Voice 3 dilaporkan hilang selepas keluar joging di Stadium Klang, Selangor, kira-kira jam 11.53 malam tadi.

Begitupun, dompet dan telefonnya ditemui di Jambatan Sungai Klang, membuatkan keluarga mengajukan laporan polis tengah malam tadi.

Aufahanie turut berkongsi tangkap layar kronologi kehilangan abangnya yang hanya membalas mesej keluarga pada kali terakhir pukul 9.04 malam sebelum hilang.

Petang tadi, Polis Selangor mengesahkan menemui mayat seorang lelaki sekitar jambatan Sungai Klang yang kemudian disahkan sebagai Nidza Afham.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, mengesahkan mayat tersebut dijumpai sekitar 7 malam kira-kira 1 kilometer dari lokasi Nidza dilaporkan hilang.

Jenazah kini dihantar ke Hospital Shah Alam untuk proses bedah siasat dan pengecaman.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI