fbpx

Selangor puas hapus badi tempat lawan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RONNIE Fernandez berjaya meledak gol ketika menewaskan Sabah 2-1 kelmarin. - SELANGOR FC

KETUA jurulatih Selangor FC, Nidzam Jamil mengakui boleh menarik nafas legas selepas anak-anak buahnya berjaya menamatkan badi dengan meraih kemenangan pertama di tempat lawan selepas menewaskan Sabah FC 2-1 pada aksi Liga Super kelmarin.

Sebagai rekod, prestasi Gergasi Merah sebelum ini dianggap masih belum konsisten apabila gagal meraih sebarang kemenangan dalam perlawanan di tempat lawan musim ini.

Kata Nidzam, keputusan tersebut sudah tentu dianggap positif kerana Sabah merupakan pasukan berkualiti yang sukar dijinakkan khususnya di gelanggang keramat mereka.

“Saya gembira apabila pasukan dapat meraih kemenangan di tempat lawan. Ia bukanlah satu keputusan yang mudah kerana Sabah memberi kesukaran buat pasukan sepanjang perlawanan.

“Namun, saya sentiasa tekankan apa yang penting adalah pengakhiran perlawanan dan bukan permulaan. Pujian wajar diberikan kepada pemain-pemain kita selepas meraih gol pada minit-minit akhir,” katanya.

Sementara itu, Nidzam turut menganggap kejayaan meraih tiga mata itu sebagai tonik terbaik Gergasi Merah sebelum mengharungi final Piala FA di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 24 Ogos ini.

“Sudah pasti momentum ini yang kita cari dengan meraih tiga mata sebelum mengharungi final Piala FA. Saya percaya keputusan ini menaikkan lagi motivasi pasukan untuk berikan yang terbaik nanti,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI