PETALING JAYA – Produk penyelesaian menggosok Philips, siri All-In-One 8500 telah membuat debutnya di pentas Kuala Lumpur Fashion Week (KLFW) 2024 baru-baru ini sebagai rakan rasmi penjagaan pakaian acara fesyen tersebut.
Siri ini telah mengubah landskap fesyen dengan menggabungkan fesyen dan teknologi, merayakan kualiti, inovasi, kreativiti dan gaya peribadi yang unik melalui persembahan Koleksi Khas Syomirizwa Gupta x Shikha Grover – The Secret Garden untuk Musim Bunga/Panas 2025/26.
Ketua Pemasaran Pengguna untuk Singapura, Malaysia dan pasaran Baharu Muncul Philips, Alvin Koh berkata, produk tersebut merupakan gabungan fungsi wap dan memudahkan urusan menggosok dengan lebih mudah selain dikuasakan dengan prestasi yang berkuasa tinggi.
“Penyelesaian menggosok All-in-One dari Philips telah mengubah cara pengguna kami mengekspresikan gaya mereka dan menawarkan pendekatan moden dalam menggosok.
“Ia dilengkapi dengan teknologi pemanasan berganda yang memberikan kuasa wap yang dipertingkatkan untuk menghilangkan kedut dari sebarang fabrik yang boleh digosok.
“Papan pelbagai sudut dan reka bentuk seterika yang ergonomik memastikan pengendalian yang mudah dan fleksibiliti, supaya pengguna dapat tampil dengan cemerlang tanpa usaha yang berlebihan,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini baru-baru ini.
Siri Philips All-in-One 8500 menawarkan beberapa manfaat utama seperti teknologi pemanasan berganda, memiliki jaminan tiada kebakaran pada sebarang fabrik yang boleh digosok dan ia boleh menggosok pelbagai jenis pakaian dari jeans sehingga sutera.
Produk tersebut juga memiliki fungsi kepelbagaian untuk menawarkan penyelesaian sempurna untuk menghilangkan kedutan daripada pakaian, menyegarkan perabot atau mensterilkan mainan lembut. -KOSMO! ONLINE