fbpx

Shah malu komen cerca ‘tentera bawang’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SHAH terjatuh kesakitan selepas dilanggar Nakano sewaktu final keirin Olimpik Paris minggu lalu. - MSN MALAYSIA

KATA-KATA nista sebahagian netizen Malaysia terutamanya di laman media sosial secara tidak langsung telah mencemarkan imej dan reputasi baik yang dibawa atlet-atlet negara di pentas antarabangsa.

Pelumba berbasikal trek negara, Muhammad Shah Firdaus Sahrom turut menerima tempias disebabkan kelakuan negatif ‘tentera bawang’ yang disifatkan keterlaluan menyerang akaun media sosial Shinji Nakano selepas insiden pelanggarannya ketika final keirin Sukan Olimpik Paris 2024 minggu lalu.

Menerusi perkongsian Shah Firdaus kepada Kosmo!, Nakano merasakan dirinya difitnah dengan begitu teruk dan ia sesuatu yang memalukan kerana pelumba Jepun itu merasakan rakyat Malaysia adalah baik dan berbudi pekerti.

Kini, atlet berusia 28 tahun dari Muar, Johor itu seperti hilang air muka jika berhadapan dengan Nakano atau pelumba-pelumba Jepun lain dalam kejohanan-kejohanan antarabangsa selepas ini memandangkan mereka mempunyai hubungan baik di trek velodrom.

Disebabkan itu, Shah Firdaus yang diberi gelaran The Terminator berharap ‘serangan’ terhadap media sosial Nakano atau mana-mana atlet lain dapat dihentikan segera agar memelihara imej Malaysia di persada dunia.

SHAH FIRDAUS

“Malam semalam (kelmarin) dia mesej saya, kata dia kena serang di akaun media sosialnya. Saya pun tak tahu, apabila saya tengok, sudah berpuluh ribu komen.

“Saya harap netizen berhenti sebab perkara itu menjejaskan kami. Memang ada ‘body contact’ dan bagi saya itu perkara biasa dalam keirin. Sebenarnya dia tak berniat nak ‘hentam’ saya. Bila ada ‘body contact’, ‘G-force’ itu nampak seperti dia naik tetapi dalam keirin itu biasa, tinggal jatuh atau tidak sahaja,” katanya.

Dalam masa sama, Shah turut mendedahkan permohonan maaf Nakano yang tular di aplikasi TikTok sejak kebelakangan ini adalah palsu dan direka individu tidak bertanggungjawab.

“Yang pasti, itu bukan TikTok dia (Nakano), dia cakap perkara itu dengan saya. Kami jumpa selepas perlumbaan, (akaun) TikTok itu biasalah orang buat cerita. Tapi saya dengan dia tak ada masalah.

“Yang buat saya terasa, dia ingat orang Malaysia baik-baik sebab saya baik dengan dia. Kalau saya ke Jepun, dia bawa saya jalan-jalan. Bila dia terasa begitu, saya serba salah. Saya malu sebab dia mesej saya, ingat rakyat Malaysia baik-baik,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI