fbpx

‘Kalau lihat rumah atau budak, saya menangis teringatkan anak’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nor Hasyim membuat keputusan untuk tidak mahu lagi menjenguk kediaman keluarganya di Kampung Paya Redan, Pagoh kerana akan sedih dan teringat anak serta mentuanya.

MUAR – Kehilangan anak tersayang akibat dipercayai dibunuh oleh abang ipar sendiri menyebabkan bapa kepada kanak-kanak yang maut bersama datuk dan neneknya, Allahyarham Noradriana Nor Hasyim, 11, membuat keputusan untuk tidak mahu lagi menjenguk kediaman keluarga itu di Kampung Paya Redan, Pagoh.

Nor Hasyim Tahir, 43, berkata, dia bukan sahaja kehilangan anak, malah kedua ibu bapa mentua yang dijaganya turut terkorban dalam kejadian itu meninggalkan kenangan hitam dalam hidupnya.

“Saya bukan sahaja hilang anak, ibu dan bapa mentua saya turut terkorban, saya tak sangka kejadian itu berlaku sebab perbuatan abang ipar saya.

“Memang saya tak akan balik jenguk lagi rumah keluarga itu, memori hitam terpahat di hati, apabila tengok keadaan rumah saya akan menangis teringat anak dan orang tua saya,”katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Nor Hasyim yang kini berulang alik dari tempat kerjanya di Pagoh Jaya, di sini ke Melaka setiap hari.

Jelasnya, dia akan mengalirkan air mata apabila setiap kali melihat kanak-kanak perempuan yang sebaya dengan anaknya.

“Jika saya pulang dan ternampak kanak-kanak sebaya arwah (Noradriana) saya akan menangis. Biarlah saya duduk di sini (Melaka) dan berulang-alik ke tempat kerja setiap hari,” katanya.

Terdahulu, dalam kejadian pada pukul 1.30 pagi, Jumaat lalu, ibu dan bapa mentua Nor Hasyim, Ara Abdul Hamid, 76, dan Mohamed Nor Mohamed Yassin, 82, ditemui rentung 80 peratus di dalam sebuah bilik selepas rumah didiami lima sekeluarga hangus terbakar dijilat api.

Manakala, Noradriana pula disahkan meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan di Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) di sini selepas mengalami kecederaan parah pada kepala akibat hentakan objek tumpul.

Kejadian itu turut menyebabkan, Norazima Mohd Radhi, 14, patah tangan dan cedera di kepala disyaki dipukul bapa saudaranya dikenali sebagai Azman. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI