PETALING JAYA – “Terima kasih abang (suami) sanggup berkorban segalanya demi saya.”
Demikian luah Siti Rashidah Sharif, 31, isteri kepada Muhammad Firdaus Abdull Fatah, 39, yang maut dalam kejadian letupan membabitkan sebuah kapal berhampiran pelantar minyak di perairan Bintulu pada 2 Ogos lalu.
Menerusi perkongsiannya di aplikasi TikTok Siti Rashidah berkata, dia masih tidak percaya bahawa suaminya telah meninggal dunia.
“Sampai sekarang saya masih tidak percaya lambaian akhir awak untuk saya. Selalu saya yang jemput awak pulang dari airport (lapangan terbang).
“Tapi kali ini beza sangat, saya hanya pulang bawakan beg dan barang-barang awak tanpa awak di sini saya,” luahnya.
Menurutnya, dia bukan tak reda atas pemergian suamninya itu, tetapi masih terkejut dengan apa yang terjadi.
“Terima kasih abang sanggup berkorban segalanya demi saya,” tulisnya lagi.
Sementara itu, pada ruangan komen hantaran Siti Rashidah, seorang rakan suamninya yang juga kru kapal tersebut turut berkongsi permintaan terakhir arwah.
“Sehari sebelum kejadian, 2nd request (permintaan kedua) minta masakan stim ikan telinga gajah . Dia cakap tak pernah makan ikan tu seumur hidup . Saya masakan untuk dia,” kata @Mocha_frappuccino.
Terdahulu, media melaporkan selain Muhammad Firdaus yang merupakan penolong jurutera di atas kapal Icon Amara itu, turut terkorban adalah kelasi kapal dikenali sebagai, George Ngilah, 25, dari Sibu.
Insiden kira-kira pukul 10.40 malam itu juga menyebabkan seorang kru kapal berkenaan berusia 22 tahun dari Sabah dilaporkan cedera parah pada muka dan tangan.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Bintulu, Superintendan Nixon Joshua Ali berkata, ketika kejadian 16 kru berada dalam kapal Supply Amara sebelum berlaku
letupan yang kuat pada bahagian bilik enjin bawah kapal.
Katanya, kes dikategorikan sebagai kematian mengejut berikutan tiada unsur jenayah. – KOSMO! ONLINE
@shidahoct Sampai skrg Sy masih x percaya😖lambaian akhir awk utk sy😭😔selalu sy yg jemput awk pulang dri airport😩tp kalinie beza sgt,sy hnya pulang bwakkn beg n brg2 awak tnpa awk disisi sy😭😭bkn sy tak redha tp sy masih terkjut dgn apa jdi😭terima kasih abg sgup bkorban segalanya demi sy🥺 #alfatihah #kitamilikallah #seamanswife #yghiduppastiakanmati #allahlbhsygkandia ♬ bunyi asal – 🎧𝓢𝔂𝓪𝓯𝓲𝓴𝓪𝓭𝓪𝓷𝓲𝓼𝓱🎧