PETALING JAYA – Jangan main-main dengan wanita yang tersakiti. Itu yang sedang meledak dalam media sosial ketika akibat pendedahan berani mati seorang wanita mengenai kehancuran hubungannya dengan seorang pelakon lelaki popular.
Menerusi hantaran berkenaan, wanita terbabit berkongsi beberapa foto mesra dengan artis lelaki itu ketika masih menjalin hubungan. Dia bahkan mendakwa mereka saling mengenali sejak setahun lalu.
“Sudah masuk setahun saya mengenali awak. 30 Julai 2023 kita mengenali antara satu sama lain.
“Sudah tiba masanya untuk saya ‘move on’ selepas semua orang tahu awak bersama si dia,” tulisnya dalam TikTok.’
Tambah wanita yang hanya menggunakan nama AF itu, hubungannya dengan pelakon popular itu hanya bertahan dalam tempoh setahun memandangkan sudah mempunyai teman wanita baharu.
“Setahun aku tunggu dia. Aku bukan sekufu. Yang paling sakit dia post pasal perempuan itu selepas jumpa aku.
“Apapun, terima kasih untuk segalanya,” dedahnya lagi.
Lebih menarik perhatian netizen apabila perkongsian itu turut diselitkan foto penyanyi kumpulan Dolla iaitu Angel.
Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen kecewa melihat hantaran berkenaan dan berharap pelakon lelaki itu tidak membisu sebaliknya memberi penjelasan mengenai isu ini.
“Tak sangka perangai dia macam ini, begitulah lelaki, apabila sudah popular, yang lama akan ditinggalkan,” komen netizen itu.
“Bercinta dengan jantan buaya apa yang kau harapkan dik, masing-masing menggelupur lupa diri selepas popular,” demikian komen seorang lagi pengguna TikTok. – KOSMO! ONLINE.