fbpx

Terjun masih dalam jiwa Nur Dhabitah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Penerjun negara Nur Dhabitah Sabri sebaik tiba di Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur hari ini selepas penyertaan Sukan Olimpik Paris 2024.

SEPANG – Penerjun negara, Nur Dhabitah Sabri mengakui dia masih mencinta sukan terjun tetapi buat masa ini mengambil pendekatan untuk berehat sementara waktu sebelum memikirkan soal persiapan terutama ke Sukan Olimpik  Los Angeles 2028 (LA28).

Tegas penerjun berusia 25 tahun itu sebaik pulang ke tanah air dia perlu menekan butang ‘reset’ sebelum mengatur perancangan jangka panjang selepas berdepan pelbagai cabaran termasuk persiapan singkat ke Olimpik Paris 2024 yang menutup secara rasmi awal semalam.

“Saya tidak pasti mengenai perancangan saya selepas ini dan saya perlu memikirkan diri saya terlebih dahulu. Saya rasa, saya perlu ‘reset’ untuk diri saya sendiri.

“Saya belum ada sebarang keputusan tentang apa yang akan dilakukan seterusnya. Tetapi buat masa ini, saya hanya mahu berehat. Mengenai berapa lama tempoh saya berehat, itu saya tak boleh cakap. Ia bergantung kepada keadaan mental kamu. Bagaimana nak dapatkan kembali dan nak cari jiwa itu semula.

“Apapun, saya masih mencintai sukan ini (terjun). Jadi, saya rasa saya masih ada banyak yang boleh disumbangkan dengan program yang betul, dengan latihan yang betul.

“Tetapi bagi saya, perkara paling penting adalah komunikasi dengan rakan sepasukan dan jurulatih. Jika anda mempunyai komunikasi yang baik dengan rakan-rakan anda, saya rasa anda boleh menjadikan kerja berpasukan itu lebih baik,” ujarnya.

Nur Dhabitah yang meperoleh tiket ke Paris 2024 menerusi lebihan kuota tidak digunakan atlet negara lain, menamatkan acara final 3 meter (m) papan anjal individu di tempat terakhir daripada 12 peserta, 9 Ogos lalu.

Dia mengumpul 244.80 mata daripada lima terjunan di Pusat Akuatik Paris yang menyaksikan dua penerjun China berjaya berada di pentas podium.

Chen Yiwen memenangi pingat emas dengan 376 mata manakala Maddison Keeney dari Australia meraih perak, 343.10 mata. Rakan seperjuangan Yiwen, Chang Yani meraih gangsa dengan 318.75 mata sekali gus menceriakan kem China yang turut meraih emas dan perak pada edisi di Tokyo 2020 sebelum ini. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI