fbpx

Van Nistelrooy asah ‘karat’ Rashford

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RASHFORD dijangka kembali menemui prestasi sebenarnya musim ini di bawah tunjuk ajar Nistelrooy. - AFP

MANCHESTER – Legenda Manchester United, Rio Ferdinand percaya penolong pengurus pasukan itu, Ruud van Nistelrooy memiliki kredibiliti untuk mengembalikan sentuhan penyudah penyerang, Marcus Rashford yang dilihat semakin hilang ‘sengat’.

Van Nistelrooy yang merupakan rakan sepasukan Ferdinand ketika era kegemilangan The Red Devils kembali ke pangkuan United selaku penolong pengurus, meninggalkan tugas lamanya sebagai ketua jurulatih PSV Eindhoven.

Ferdinand berkata, sifat ‘bengis’ yang ada pada Nistelrooy mampu membuka jalan kepada Rashford untuk kembali ke prestasi sebenar selepas dia hanya meledak tujuh gol dalam 33 perlawanan musim lalu.

“Saya harap penyerang-penyerang United boleh belajar sesuatu daripada Ruud (Van Nistelrooy) kerana ketika bergelar pemain, beliau merupakan seorang pemain yang sangat berbahaya ketika berada dalam kotak penalti.

“Saya boleh anggap beliau sebagai ‘binatang’. Beliau sangat agresif dan langsung tidak menunjukkan belas kasihan kepada pemain lawan, jadi saya yakin Marcus (Rashford) boleh menjadi seperti itu,” katanya.

Terdahulu, Rashford menjadi kecaman ramai pihak, termasuk penyokong United sendiri apabila dia mensia-siakan banyak peluang untuk menjaringkan gol ketika tewas kepada Manchester City pada aksi Perisai Komuniti di Wembley, Sabtu lalu.

Pada perlawanan itu, United terpaksa akur tewas 6-7 menerusi penentuan sepakan penalti selepas kedua-dua pasukan terikat seri 1-1 hasil jaringan Bernardo Silva (City) dan Alejandro Garnacho (United).

Kini, United akan memulakan aksi pertama Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini menentang Fulham di Old Trafford awal pagi Sabtu ini. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI