fbpx

Minta suapan RM400 tapi kena denda RM1,500

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TERTUDUH diiringi pegawai SPRM ketika dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Ayer Keroh, Melaka. -Foto oleh MUHAMMAD SHAHIZAM TAZALI / KOSMO!

MELAKA – Seorang koperal didenda sebanyak RM1,500 oleh Mahkamah Sesyen di sini, hari ini kerana meminta suapan RM400 bagi melepaskan seorang pemuda yang ditahan dalam sekatan jalan raya, tiga tahun lalu.

Hakim Elesabet Paya Wan menjatuhkan hukuman itu terhadap Mohd. Rizal Abd. Rahman, 42, selepas penjawat awam itu mengaku bersalah atas pertuduhan pilihan.

Mohd. Rizal sebagai anggota polis yang bertugas di Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Daerah Melaka Tengah didakwa menerima wang RM400 daripada seorang individu yang mempunyai hubungan dengan kerja rasmi tertuduh.

Kesalahan dilakukan pada pukul 12.30 pagi di pondok perhentian bas Taman Sinn, Jalan Semabok-Ayer Leleh dalam daerah Melaka Tengah pada 25 April 2021.

Sabit kesalahan tertuduh boleh dipenjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan.

Mengikut fakta kes, tertuduh menahan seorang penunggang motosikal dalam satu sekatan jalan raya. Semakan mendapati lelaki itu memiliki rekod di bawah Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya pada 2016. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI