fbpx

Pegawai SPRM bebas tuduhan beri maklumat palsu khalwat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Fikri (kiri) bersama peguamnya di Mahkamah Rayuan Putrajaya hari ini. Foto oleh NORLIZAH ABAS

PUTRAJAYA – Seorang pegawai kanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dilepas dan dibebaskan daripada pertuduhan memberi maklumat palsu kepada kakitangan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) berhubung kesahihan identitinya, enam tahun lalu.

Penolong Kanan Pesuruhjaya Fikri Ab. Rahim, 49, ketika kejadian merupakan bekas Pengarah Bahagian Pengubahan Wang Haram dan Pelucuthakan Harta (AMLFOP) SPRM.

Panel tiga hakim Mahkamah Rayuan diketuai oleh Datuk Ahmad Zaidi Ibrahim memutuskan demikian selepas membenarkan rayuan Fikri, sekaligus mengetepikan sabitan dan denda RM1,500 yang diputuskan oleh Mahkamah Tinggi.

Sebaliknya, beliau yang bersidang bersama-sama Datuk Azmi Ariffin dan Datuk Noorin Badaruddin mengekalkan keputusan Mahkamah Majistret pada 17 Februari 2022 yang melepas dan membebaskannya daripada tuduhan itu.

“Sabitan yang diputuskan oleh Mahkamah Tinggi tidak selamat untuk dikekalkan. Panel ini turut memerintahkan denda RM1,500 yang telah dibayar, dipulangkan kepadanya,” ujar Hakim Ahmad Zaidi.

Ketika menyampaikan keputusannya, Hakim Ahmad Zaidi berkata, panel itu berpendapat, Mahkamah Tinggi terkhilaf ketika mensabitkan Fikri di bawah Seksyen 177 Kanun Keseksaan.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI