fbpx

Malaysia antara terpantas dalam rangkaian 5G

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gobind (tengah) pada majlis MoU tersebut. -Foto oleh SADDAM YUSOFF/ KOSMO!

SHAH ALAM – Kadar penggunaan perkhidmatan rangkaian 5G di seluruh negara kini sebanyak 14.8 juta orang dengan meliputi rangkaian 81.8 peratus di kawasan berpenduduk setakat Jun lalu.

Menteri Digital, Gobind Singh Deo berkata, pelancaran rangkaian 5G yang diketuai Digital Nasional Berhad (DNB) sejak 2021 menetapkan penanda aras global bagi tahap kelajuan dan kecekapannya.

“Pencapaian melebihi 80 peratus liputan dalam tempoh hanya dua tahun meletakkan Malaysia antara yang terpantas di dunia.

“Rangkaian 5G kita kini berada pada tahap memberangsangkan dengan mencapai liputan 81.8 peratus di kawasan dan digunakan oleh 14.8 juta pelanggan,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyaksikan majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) antara Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC), Edotco Group (Edotco) dan Boost di Laman Edotco, Seksyen U2 di sini, hari ini.

Dalam pada itu, kata Gobind, pihaknya mengiktiraf peranan Edotco dalam mempercepatkan penggunaan 5G yang merekodkan pencapaian luar biasa. -KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI