fbpx

Dua pupu edar ganja naik Ford Ranger

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Razlam (tengah) pada sidang akhbar rampasan ganja dan tangkapan suspek di IPD Timur Laut, hari ini.- Foto oleh IQBAL HAMDAN/KOSMO!

GEORGE TOWN – Kegiatan licik dua sepupu yang disyaki terlibat dalam aktiviti pengedaran dadah jenis ganja sejak Mac lalu di negeri ini tumpas selepas mereka ditahan polis di Jalan Perak di sini, Khamis lalu.

Dalam serbuan yang dijalankan kira-kira pukul 8.38 malam itu, polis turut merampas ganja seberat 52.59 kilogram yang dianggarkan bernilai RM163,047.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Razlam Ab. Hamid berkata, penahanan suspek berusia 18 dan 28 tahun itu dilakukan di kawasan tempat letak kereta sebuah kawasan perumahan di Jalan Perak.

“Ketika serbuan dijalankan, mereka dipercayai baharu sahaja memperoleh dadah jenis ganja daripada ‘supplier’ menerusi jalan darat.

“Kedua-duanya sedang memasukkan kotak berwarna coklat yang disyaki berisi dadah ke dalam sebuah kereta pacuan empat roda jens Ford Ranger,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Timur Laut, di sini hari ini.

Menurutnya, hasil serbuan dan pemeriksaan, polis berjaya merampas satu kotak berwarna coklat yang mengandungi 20 ketulan mampat daun-daun kering yang dibalut plastik lutsinar, disyaki dadah jenis ganja dengan anggaran berat 21.04 kilogram, bernilai RM65,227.

“Hasil ujian saringan air kencing mendapati, suspek pertama berusia 28 tahun yang bekerja sebagai juruteknik pendawaian elektrik didapati negatif dadah manakala suspek kedua positif dadah serta memiliki dua rekod lampau berkaitan dadah,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata, kedua-dua suspek telah ditahan reman selama tujuh hari bermula 9 Ogos sehingga 15 Ogos untuk siasatan lanjut.

“Polis turut menyita wang tunai berjumlah RM2,300 dan kes ini disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952,” ujarnya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI