fbpx

Kamera litar pintar pantau individu tak bertanggungjawab buang sampah merata-rata

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sandrea (tiga dari kanan) melihat sampah yang dibuang merata-rata meskipun tong roro awam telah disediakan di Jalan Besar Tanjung Piandang, Parit Buntar hari ini. - Foto WAT KAMAL ABAS

PARIT BUNTAR – Kamera litar pintar akan dipasang di beberapa daerah di Perak bagi tujuan pemantauan dan penguatkuasaan isu pembuangan sampah di tempat terbuka termasuk yang dibuang di luar tong roro disediakan pihak berkuasa tempatan (PBT).

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan Dan Kerajaan Tempatan Perak, Sandrea Ng Shy Ching berkata, beliau banyak menerima aduan daripada majlis daerah dan orang awam berhubung isu pembuangan sampah berkenaan.

“Bagi menangani isu ini, pihak PBT di Perak telah mengambil inisiatif untuk memasang kamera litar pintar di tempat-tempat yang telah dikenal pasti bagi tujuan pemantauan dan penguatkuasaan.

“Pada masa ini, kawasan Majlis Daerah Kerian (MDKerian) telah menjadi perintis di Perak menggunakan kamera litar AI bagi tujuan pemantauan di kawasan lokasi yang sering mendapat aduan awam,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melakukan tinjauan di pusat penjaja di Laman Piandang dan Jalan Besar Tanjung Piandang di sini hari ini.

Menurut Sandrea, kamera litar pintar itu bukan sahaja dilengkapkan dengan 4G, malahan turut menggunakan solar sebagai penjana kuasanya untuk beroperasi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI