fbpx

Hujan lebat di utara, Pantai Timur petang ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) meramalkan hujan lebat dan ribut petir di lapan negeri sehingga pukul 6 petang ini.

MetMalaysia dalam laporannya berkata, antara negeri terlibat ialah Selangor, Johor, Kedah, Pulau Pinang dan Perak.

“Hujan lebat diramal berlaku di Selangor (Sabak Bernam, Hulu Selangor dan Gombak), di Kedah (Kulim dan Bandar Baharu) dan Pulau Pinang (Seberang Perai Utara, Seberang Perai Tengah dan Seberang Perai Selatan).

“Turut terkesan adalah Perak (Larut, Matang Dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Batang Padang dan Muallim) dan Johor (Segamat, Batu Pahat, Kluang, Mersing, Kulai dan Kota Tinggi),” kata kenyataan itu.

Bagi kawasan Pantai Timur, hujan lebat dijangka berlaku di ketiga-tiga negeri iaitu Kelantan, Terengganu dan Pahang.

“Cuaca buruk sama juga dijangka berlaku di Kelantan (Bachok, Machang dan Pasir Puteh) dan Terengganu (Besut, Setiu, Hulu Terengganu, Dungun dan Kemaman).

“Sementara itu, di Pahang meliputi Tanah Tinggi Cameron, Jerantut, Bentong, Kuantan, Pekan dan Rompin,” tambah MetMalaysia.

Menurut MetMalaysia, cuaca sama turut diramalkan berlaku di Sabah.

“Ia melibatkan Pedalaman (Nabawan), Pantai Barat (Ranau), Tawau (Tawau, Semporna dan Lahad Datu) dan Sandakan (Telupid, Kinabatangan dan Sandakan),” tambah kenyataan sama. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI