fbpx

BN akan letak calon pada PRK DUN Mahkota – Ahmad Zahid

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR -Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, calon Kerajaan Perpaduan pada dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota akan diwakili oleh Barisan Nasional (BN).

Beliau yang juga Pengerusi BN memaklumkan, oleh kerana kerusi berkenaan diperuntukkan kepada BN, pihaknya akan mengadakan perbincangan Biro Politik dan Majlis Kerja Tertinggi UMNO dan membawa keputusan ke dalam mesyuarat sekretariat Kerajaan Perpaduan.

“DUN Mahkota adalah kawasan yang agak berpotensi untuk kita menang. Tentunya kita mahu koordinasi dilakukan dengan semua parti politik dalam Kerajaan Perpaduan.

“Lazimnya, persefahaman yang menjadi formula Kerajaan Perpaduan ialah kerusi-kerusi yang diwakili oleh mana parti dalam Kerajaan Perpaduan itu harus diserahkan atau ditandingi semula oleh parti berkenaan.

“Jadi saya tidak mahu kenyataan-kenyataan dikeluarkan mana-mana pemimpin besar atau kecil, menuntut mana-mana kerusi yang diperuntukkan kepada parti itu untuk dituntut atau mengeluarkan kenyataan yang akhirnya menimbulkan persepsi yang sebaliknya,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Mesyuarat Sekretariat Majlis Pembangunan Usahawan dan PMKS Kebangsaan (SE-MPUPK) Bilangan 3 Tahun 2024 di sini hari ini.

Terdahulu SPR menetapkan hari pengundian bagi PRK DUN Mahkota pada 28 September ini.

Pengerusi SPR, Datuk Seri Ramlan Harun, berkata tarikh penamaan calon dan pengundian awal pula masing-masing ditetapkan pada 14 dan 24 September ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI