fbpx

Lelaki lebih ramai mati banding wanita

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Golongan lelaki mencatatkan lebih banyak kematian berbanding wanita di Malaysia pada suku tahun kedua tahun ini.

Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr. Mohd. Uzir Mahidin berkata, bilangan kematian bagi lelaki adalah 27,510, manakala 20,950 kematian bagi perempuan.

“Sebanyak 48,460 kematian telah direkodkan pada suku tahun kedua 2024, penurunan sebanyak 5.4 peratus berbanding suku tahun kedua 2023 iaitu 51,234 kematian.

“Nisbah jantina bagi kematian ialah 131 lelaki bagi setiap 100 perempuan,” katanya dalam satu kenyataan media di sini hari ini.

Mohd. Uzir berkata, Selangor merekodkan kematian tertinggi iaitu 7,459 kematian (15.4 peratus), manakala Putrajaya mencatatkan bilangan kematian terendah dengan 65 kematian (0.1 peratus).

Menurut beliau, kumpulan umur 60 tahun dan lebih merekodkan bilangan tertinggi iaitu 34,043 kematian (70.2 peratus), diikuti umur 41 hingga 59 tahun (20 peratus), umur 15 hingga 40 tahun (7.6 peratus) dan umur 0 hingga 14 tahun (2.1 peratus)

“Secara purata, satu kematian direkodkan pada setiap dua minit, manakala 22 kematian direkodkan setiap jam dan 538 kematian sehari pada suku tahun kedua 2024,” katanya.

Beliau berkata, Melayu menyumbang 52.7 peratus daripada jumlah kematian, etnik Cina dan India masing-masing turun kepada 26.0 peratus dan 8.1 peratus, manakala Bumiputera Lain meningkat kepada 10.5 peratus. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI