fbpx

Kelahiran bayi menurun, ramai bersalin umur 30-39 tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Secara purata seorang bayi dilahirkan pada setiap minit, 47 bayi bagi setiap jam dan 1,119 bayi sehari pada suku tahun kedua tahun ini.

Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr. Mohd. Uzir Mahidin berkata, bayi lelaki melebihi bayi perempuan dengan 51,759 kelahiran berbanding 48,973 kelahiran.

“Jumlah kelahiran hidup bagi suku tahun kedua 2024 merekodkan penurunan sebanyak 10.2 peratus iaitu 100,732 kelahiran berbanding 112,197 kelahiran pada suku tahun kedua 2023.

“Nisbah jantina bagi kelahiran hidup adalah 106 lelaki bagi setiap 100 perempuan. Selangor mencatatkan bilangan kelahiran hidup tertinggi iaitu 19,320 (19.2 peratus).

“Manakala kelahiran hidup terendah dicatatkan di Wilayah Persekutuan Labuan (324 kelahiran: 0.3 peratus),” katanya dalam satu kenyataan media di sini hari ini.

Mohd. Uzir berkata, ibu berumur 30 hingga 39 tahun merekodkan kelahiran hidup tertinggi iaitu 51,740 (51.4 peratus) diikuti ibu berumur 20 hingga 29 tahun (41.5 peratus), ibu berumur 40 tahun dan lebih (5.4 peratus ) dan kurang daripada 20 tahun (1.8 peratus)

Menurut beliau, Melayu menyumbang 67.4 peratus iaitu 67,859 kelahiran hidup daripada jumlah kelahiran hidup pada suku tahun kedua 2024.

Kata beliau, kelahiran hidup bagi etnik Cina dan India masing-masing menurun kepada 9.7 peratus dan 3.7 peratus berbanding 9.9 peratus dan 4.4 peratus pada suku tahun kedua 2023.

“Bumiputera Lain meningkat kepada 12.9 peratus. Bumiputera Lain terdiri daripada Bumiputera Sabah, Bumiputera Sarawak danBumiputera Semenanjung Malaysia lain.

“Bumiputera Sabah menyumbang 57.2 peratus daripada Bumiputera Lain yang terdiri daripada Kadazan/ Dusun(33.8 peratus), Bajau (30.6 peratus), Murut (6.4 peratus) dan Bumiputera Sabah lain (29.2 peratus)

“Sementara itu, Bumiputera Sarawak (32.5 peratus) terdiri daripada Iban (59.3 peratus), Bidayuh (16.7 peratus), Melanau (10.7 peratus) dan Bumiputera Sarawak lain (13.3 peratus),” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI