fbpx

‘Mak cik pernah mimpi 2 kali Istiqomah balik rumah’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SALEHA bersama suaminya menceritakan anaknya, Cikgu Istiqomah (gambar kecil) pernah hadir dalam mimpinya sebanyak dua kali bersama orang yang telah ‘pergi’. - Foto oleh MUHAMMAD FAIZAL HASHIM / KOSMO!

PASIR GUDANG – Ibu mangsa pembunuhan kejam, Istiqomah Ahmad Rozi, 34, yang mayatnya ditemui tanpa kepala, tangan dan kaki di dalam tong sampah di Alor Gajah, Melaka pada Disember lalu pernah bermimpi anaknya itu pulang ke rumah.

Saleha Ya, 58, berkata, kejadian itu berlaku ketika arwah tidak pulang ke rumah sejak beberapa minggu kehilangannya dan perasaannya begitu resah memikirkan keselamatan anak sulung tersebut.

Katanya, apa yang aneh tentang mimpi tersebut adalah arwah yang dikenali sebagai Cikgu Istiqomah pulang ke rumah dengan didampingi insan yang telah meninggal dunia.

“Pada masa awal-awal kehilangan Istiqomah, mak cik sangat risau akan keselamatan dia dan rindu nak dia kembali ke pangkuan keluarga, mungkin sebab itu yang terbawa-bawa ke dalam mimpi.

“Dua kali arwah datang dalam mimpi mak cik, kali pertama dia dihantar pulang oleh kakak ipar mak cik dan yang kedua bekas bos mak cik yang hantar dia pulang.

“Kedua-dua insan ini telah lama meninggal dunia, tertanya-tanya juga kenapa mereka yang hantar dia, jauh di sudut hati mak cik berharap dia selamat dan masih hidup,” katanya kepada pemberita hari ini.

Katanya, lidahnya kelu tidak dapat berkata apabila dimaklumkan pihak polis bahawa mayat wanita yang diperlaku tanpa perikemanusiaan adalah anaknya yang hilang sejak lapan bulan lalu.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI