fbpx

‘Nak kurus sedar sendiri, bukan sebab mulut orang’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Leona sudah berjaya menurunkan berat badan sebanyak 5kg di bawah seliaan pakar dan jurulatih profesional.

KUALA LUMPUR – Didakwa semakin kurus akibat tekanan berdepan buli siber terutama ejekan mengutuk bentuk fizikal atau ‘body shaming’, pempengaruh popular, Kasih Iris Leona sebaliknya bertegas penurunan  berat badannya berlaku atas kesedaran sendiri untuk kelihatan sempurna di hadapan kamera.

Ujar Leona atau nama sebenarnya Kasih Iris Leona Azhar, 22, juga berkata, sudah tiba masa untuknya kembali mendapatkan berat ideal dan mengamalkan gaya hidup sihat.

“Saya tidak peduli apa orang cakap mengenai saya. Saya mahu kurus bukan kerana saya kena ‘body shaming’ atau terkesan dengan kata-kata (mulut) orang tetapi saya buat semua ini untuk diri sendiri.

“Saya mahu hidup lebih sihat dan ada buat pemeriksaan kesihatan doktor sarankan saya agar menjalani gaya hidup lebih sihat serta menjaga pemakanan.

“Lagipun saya banyak kerja yang melibatkan kamera, bila dalam video badan saya nampak lebih besar, sebab itu saya mahu kurus supaya saya kelihatan lebih baik dalam kamera,” katanya kepada Kosmo! Online.

Selain mengikuti rutin senaman, anak kepada pelakon Azhar Sulaiman itu juga mengakui dirinya mendapatkan rawatan pembakaran lemak ‘fat burner’ di bawah selian pakar.

“Saya kena mula bersenam selain memastikan memilih makanan berkhasiat untuk kembali kepada imej saya yang dahulu, lebih kurus dan langsing.

“Saya ke gim sebanyak dua kali seminggu dan saya mendapatkan khidmat ‘personal trainer’ sendiri. Saya juga ke klinik kecantikan bagi menjalani rawatan pembakaran lemak.

“Saya berjaya menurunkan berat badan sebanyak lima kilogram (kg) dan kalau boleh saya mahu turunkan 10kg lagi,” dedahnya.

Paling utama kata Leona selain semua itu, amalan pengambilan makanan seharian sangat penting namun mengakui sangat sukar untuk konsisten.

Sebelum ini, Leona meraih pujian netizen selepas dilihat semakin kurus menerusi sebuah video yang dikongsi dalam aplikasi TikTok.

Dalam perkongsian dibuat, Leona menggayakan gaun labuh sewaktu menghadiri sebuah majlis perkahwinan yang menyerlahkan kelangsingan tubuhnya.

Rata-rata netizen memuji perubahan Leona yang pantas mendapatkan bentuk tubuh menawan sehingga tertanya-tanya rahsianya.

Pun begitu, terdapat segelintir pihak lain pula menyangka pempengaruh sensasi itu gigih menurunkan berat badan demi memuaskan hati netizen. — KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI