fbpx

Tidak tolak ansur unsur ekslusiviti, pakatan harga ubat-ubatan – KKM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA- Kementerian Kesihatan (KKM) tidak akan bertolak ansur dengan sebarang unsur eksklusiviti, pakatan harga, anti-persaingan atau apa-apa amalan yang menyumbang kepada peningkatan kos perolehan ubat-ubatan.

KKM dalam satu kenyataan berkata, pihaknya memandang serius amalan sesetengah syarikat
pengeluar dan pembekal farmaseutikal yang menawarkan harga produk lebih tinggi kepada kerajaan.

“Ia berbanding harga kepada pihak swasta bagi sesetengah produk ubat terutamanya pemegang pendaftaran tunggal sama ada paten ataupun generik yang berdaftar dengan Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA).

“KKM telah mengorak langkah meneliti dan mengkaji semula dasar dan proses perolehan produk farmaseutikal dan peralatan perubatan yang menekankan kepada sistem tatakelola dengan mengambil kira prinsip ketelusan, memudahcara perniagaan, persaingan secara adil dan nilai pulangan terbaik dalam perolehan kerajaan,” katanya di sini tadi.

Tambah KKM, penambahbaikan secara berfasa sedang dilaksanakan ke atas dasar dan proses perolehan KKM.

“Fasa pertama ialah pengurangan karenah birokrasi permohonan kelulusan daripada agensi-agensi KKM.

“Fasa kedua pula melibatkan penambahbaikan proses perolehan termasuk hak kerajaan untuk berunding semula harga dan pembekalan produk alternatif yang lebih murah berbanding produk kontrak dalam keadaan tertentu dengan syarikat  memenangi tender,” jelasnya.

Ia termasuklah penggiliran pegawai termasuk pegawai teknikal yang terlibat dalam proses perolehan serta kehadiran pegawai Unit Integriti sebagai pemerhati dalam Lembaga Perolehan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI