fbpx

142 individu ditahan ingkar SOP PKPP

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Seramai 142 individu telah ditahan dan dikompaun di atas pelbagai kesalahan ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) menerusi Task Force Operasi Pematuhan yang diketuai Polis Diraja Malaysia (PDRM) semalam.

Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, menerusi operasi berkenaan, sebanyak 40,152 pemeriksaan telah dilakukan bagi memantau dan menguatkuasakan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

“Antara kesalahan yang dikesan dalam pemeriksaan itu adalah gagal menyediakan peralatan merekod butiran pelanggan (78), tidak memakai pelitup muka (53), gagal mematuhi arahan penjarakan fizikal (9) dan lain-lain (2).

“Sebanyak 2,805 Pasukan Pematuhan melibatkan 12,136 anggota telah membuat pemantauan di 3,401 pasar raya, 4,567 restoran serta 1,807 penjaja, 1,402 kilang, 3,205 bank dan 611 pejabat kerajaan,” katanya menerusi satu kenyataan di sini hari ini.

Ismail Sabri berkata, turut dipantau adalah 901 terminal pengangkutan darat, 232 terminal pengangkutan air serta 83 terminal pengangkutan udara.

Tambah beliau, seramai 16 pendatang asing tanpa izin (PATI) turut ditahan semalam menerusi Ops Benteng melibatkan PDRM, Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dan Agensi Keselamatan Sempadan Malaysia (Aksem).

“Menerusi operasi berkenaan juga sebanyak 110 sekatan jalan raya (SJR) telah dilakukan yang melibatkan pecahan Op Penawar (ATM, PDRM dan Rela) (39), Ops Benteng PDRM (62) dan Ops Benteng Aksem (9).

“Kerajaan akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang cuba memasuki sempadan negara secara haram dan agensi-agensi penguatkuasa akan terus mengetatkan kawalan kawasan sempadan terutamanya di lorong-lorong tikus,” tegas beliau.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI