fbpx

Saya berjanji Paris yang terakhir – Azizulhasni

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AZIZULHASNI (kanan) seakan sudah membayangkan persaraan kerana sudah berjanji kepada keluarganya bahawa Olimpik Paris adalah aksi kompetitif terakhir. - AFP

JAGUH berbasikal trek kebangsaan, Datuk Azizulhasni Awang seakan memberi bayangan bakal mengucapkan selamat tinggal kepada sukan yang dicintainya sebaik Sukan Olimpik Paris 2024 melabuhkan tirainya secara rasmi hari ini.

Azizulhasni dalam satu hantaran di laman Instagram miliknya, menyerahkan baton kepada rakan sepasukannya, Muhammad Shah Firdaus Sahrom untuk meneruskan legasi hebat pernah dilakarnya di pentas antarabangsa.

Bagaimanapun, jauh di sudut hatinya, pelumba terkenal dengan gelaran The Pocket Rocketman itu merasakan kemampuannya untuk menjaga keadaan fizikal dan tahap kecergasan terbaik, akan membolehkannya beraksi pada Olimpik seterusnya di Los Angeles 2028.

Buat masa ini, pelumba dari Terengganu itu masih tiada jawapan memandangkan dia sudah berjanji dengan keluarganya bahawa Olimpik Paris 2024 adalah aksi kompetitif terakhirnya.

“Sudah tentu perjalanan tersebut sukar tetapi saya boleh buat ia berlaku tetapi selepas pembedahan itu, emak, isteri dan anak-anak memaksa saya untuk bersara dan menyebabkan saya berjanji Paris adalah yang terakhir,” katanya.

Hasrat The Pocket Rocketman menghadiahkan emas Olimpik pertama negara lebur apabila tersingkir daripada saringan pertama keirin selepas penyertaannya dibatalkan kerana didakwa memintas pacer terlalu awal pada aksi di Velodrom Saint Quentin en Yvelines, Sabtu lalu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI