fbpx

‘Ketua juri, komisar patut dapat pingat emas’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SHAH terlibat dalam insiden pelanggaran pada aksi final keirin Olimpik Paris 2024. - AFP

KETUA jurulatih berbasikal trek kebangsaan, John Beasley meluahkan kekecewaan atas apa yang menimpa dua anak buahnya, Datuk Azizulhasni Awang dan Muhammad Shah Firdaus Sahrom pada Sukan Olimpik Paris 2024.

Beliau nyata berang dengan Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI) atas keputusan tidak konsisten dilakukan juri dan komisar dalam beberapa perlumbaan melibatkan Azizulhasni dan Shah Firdaus pada temasya sukan terbesar dunia itu.

Beasley menganggap mereka seolah-olah mengamalkan sikap ‘pilih bulu’ apabila langsung tidak menunjukkan budi bicara, terutamanya kepada pelumba-pelumba dari Asia.

“Saya sudah naik muak dengan UCI yang merupakan badan induk sukan berbasikal. Kami berdepan keputusan yang tidak adil dan tidak konsisten pada Sukan Olimpik. Bagi saya, ketua juri dan komisar patut mendapat pingat emas untuk prestasi terburuk.

“Saya harap UCI gembira dengan keputusan mereka melantik komisar ini kerana seolah-olah melindung pelumba-pelumba tertentu. Bilakah UCI akan melantik juri bebas bagi menghentikan keputusan tidak adil ini?” katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Pada aksi final keirin lelaki kelmarin, Shah Firdaus disingkirkan ke kedudukan keenam meskipun menamatkan perlumbaan di tempat keempat selepas bangkit meneruskan saingan biarpun sudah terjauh.

Ia gara-gara dia didakwa menghimpit pelumba Jepun, Shinji Nakano sebelum tercetusnya kemalangan ketika Shah Firdaus berada dalam landasan terbaik untuk menamatkan perlumbaan di kedudukan pingat gangsa.

“Shah memang berada dalam situasi terbaik untuk memenangi pingat gangsa ketika dia dihimpit pelumba Jepun, namun saya tidak menyalahkan pelumba Jepun kerana kemalangan sentiasa berlaku dalam sukan.

“Apa yang membuatkan saya kecewa apabila mendapat tahu mereka menyalahkan Shah atas kemalangan tersebut. Saya cuba melakukan bantahan walaupun tahu ia sia-sia kerana mereka seolah-olah menjaga diri masing-masing,” tambahnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI